PANDUAN MEMBELI DAN MENJAGA KHEMAH

PANDUAN MEMBELI DAN MENJAGA KHEMAH

Jika anda berminat untuk membeli khemah, perkara-perkara berikut perlu di teliti terlebih dahulu.

1. SAIZ
Tentukan kegunaannya terlebih dahulu. Adakah untuk 2 orang, 6 , 8 atau lebih? Biasanya saiz khemah di Malaysia ini terhad hingga untuk 8 orang sahaja, namun kami di SRI DAMANSARA OUTDOOR ada khemah yang besar yang boleh menampung sehingga 16 orang pada satu-satu masa. Khemah ini kami panggil GIANT TENT.

2. BAHAN FABRIK
Kebanyakan khemah yang di buat pada masa ini menggunakan NYLON/POLYESTER kerana ianya lebih ringan dan tidak masuk air (waterproof). Anda disarankan supaya memilih warna yang cerah kerana warna cerah boleh mamantulkan cahaya dan haba. Kami juga mencadangkan anda memilih khemah yang mempunyai 2 pintu untuk pengaliran udara yang lebih baik dari khemah yang mempunyai 1 pintu.

Sudah tentu kami mempunyai pelbagai pilihan khemah 2 pintu yang menepati citarasa anda.

PENJAGAAN KHEMAH

1. Pastikan khemah sentiasa bersih terutamanya selepas berkhemah, bersihkan daun2 kering dan ranting2 kayu yang melekat pada khemah anda sebaiknya.

2. Cuci khemah anda dengan menggunakan air sahaja tanpa menggunakan sabun. Ini kerana sabun boleh menghakis bahan kalis air yang ada pada fabrik khemah.

3. Selepas dicuci, pastikan khemah anda benar2 kering sebelum dilipat dan disimpang.

4. Simpan khemah anda ditempat yang paling selamat dari sebarang makluk perosak terutamanya lipas dan tikus. Anda juga perlu memeriksa khemah anda sekerap mungkin dan sekiranya tidak digunakan dalam jangka masa yang lama, khemah anda perlu dijemur sekali-sekala untuk menggelakkan fabrik khemah berkulat.

*TIPS2 INI ADALAH SEBAHAGIAN SAHAJA UNTUK PENJAGAAN KHEMAH ANDA. ANDA BEBAS MEMILIH KAEDAH2 LAIN UNTUK MEMPASTIKAN KHEMAH ANDA TAHAN LAMA, KERANA HARGANYA BUKAN MURAH.

Sekian.
 
Support : Lokasi | Hubungi Kami | Produk | Google+
Copyright © 2016. SRI DAMANSARA OUTDOOR - OUTDOOR SHOP | CAMPING TENT | LIFE JACKET | TRAMPOLINE | CAMPING EQUIPMENT - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger